Friday, 22 February 2013



Bagi kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli Raja Tepung ini boleh menghubungi ejen-ejen kami. Kami akan memberikan layanan yang istimewa dan harga yang terbaik kepada anda :)




NO H/P :

0173419883
0102468274


ALAMAT :
Vista Subang,Jalan PJU1A/43,47301,Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, 6 February 2013

semudah a..b..c..



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu basics dimana walaupun ianya nampak sedikit remeh,akan tetapi masih dikategorikan penting dalam konsep penyediaan makanan.

Baru-baru ni saya ditanya oleh seseorang bagaimana untuk mendapatkan hasil gorengan ayam bersadur yang enak,garing,rangup dan sebagainya. Bukan memperlekeh akan tetapi masih ada sebilangan diantara kita yang masih tidak begitu arif mengenai teknik menggoreng yang betul. Disini saya kongsikan sedikit ilmu untuk diamalkan dalam mendapatkan hasil yang kita inginkan.

      Bagi menghasilkan ayam goreng yang enak haruslah diingat supaya setiap bahan diletakkan berasingan. Celup pada setiap bahan satu persatu. Dibawah saya sertakan gambar....










Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya bagi resepi menggoreng bersadur ayam dipotong diantara 8 ke 10 bahagian sahaja.




Telur hendaklah dipukul sedikit kembang. Pastikan telur dapat meliputi keseluruhan ayam yang hendak digoreng.




Semestinya,gunakan Raja Tepung untuk mendapatkan rasa yang sedap dan rangup yang pasti memuaskan anda :)




kemudian, salutlah ayam menggunakan Raja Tepung ini. Pasti sedapppp :D




Nampak tu. Ayam pun pandai mahu cantik. Siap pakai bedak sejuk lagi.


Apabila minyak sudah panas, sila masukkan ayam-ayam yang telah disalut dengan tepung sebentar tadi. Kawalan api sangat penting. Api jangan terlalu besar atau kecil. Sederhana sahaja ya. Kerana tidak mahu ayam gorengan anda hangus di luar tetapi mentah di dalam. Berhati-hati ya kerana teknik menggoreng ini teramatlah penting.




Paling-palingkan ayam tersebut. Pastikan ayam-ayam itu hapus atau tenggelam di dalam minyak gorengan yang panas itu supaya masaknya luar dan dalam .




Mudah kan? Jadi, mulai dari sekarang, tak payahlah anda sekeluarga makan di KFC. Rasanya sama saja. Selamat mencuba!!!